Penangkapan terhadap mana-mana suspek berkaitan kes bunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah bergantung kepada analisa yang akan diterima oleh polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, proses trigulasi sedang dilakukan dalam mencari bahan bukti dan petunjuk baru dalam kes tersebut.
Beliau menegaskan, polis tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut sehingga penjenayahnya dihadapkan ke muka keadilan.