Seorang penolong pengurus sebuah agensi kerajaan direman empat hari selepas dipercayai meminta komisyen berjumlah RM18,000 daripada pengarah syarikat bagi penganjuran konsert kumpulan Search tahun lalu.
Suspek yang hamil dua bulan itu didakwa meminta suapan bagi Konsert Double 2 Search x Barbarik, Ogos tahun lepas dan telah diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Perintah reman selama empat hari sehingga 12 Januari itu dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek berusia yang 37 tahun tersebut.