Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan tiada lagi majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan bermula tahun ini.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan kos penganjuran majlis seperti itu yang menelan kos perbelanjaan antara RM100,000 hingga RM200,000 bagi setiap majlis.
Katanya, jika bajet majlis pelancaran itu boleh dijimatkan, maka MOT boleh memberikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satu kepada rakyat yang memerlukan.