Sanusi hadir di SPRM, beri keterangan pagi ini | 15 Minit Terkini 11 Januari 2024 - Utusan Malaysia

Sanusi hadir di SPRM, beri keterangan pagi ini | 15 Minit Terkini 11 Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, keterangan Muhammad Sanusi akan diambil SPRM dalam masa terdekat berkenaan isu yang melibatkan sebuah persatuan bola sepak di utara semenanjung.

Satu sumber mendedahkan, siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri tersebut jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya