Putera Mateen, Dayang Anisha nikah hari ini | 15 Minit Terkini 11 Januari 2024 - Utusan Malaysia

Putera Mateen, Dayang Anisha nikah hari ini | 15 Minit Terkini 11 Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah dijadualkan bernikah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja hari ini.

Terdahulu, pasangan Diraja Brunei itu selesai mengikat tali pertunangan di Istana Nurul Iman kelmarin.

Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.