Penjara 10 tahun, 12 sebatan minta bahan pornografi kanak-kanak perempuan | 15 Minit Terkini 9 Januari 2024 - Utusan Malaysia

Penjara 10 tahun, 12 sebatan minta bahan pornografi kanak-kanak perempuan | 15 Minit Terkini 9 Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang lelaki berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak dipenjara 10 tahun dan dikenakan 12 sebatan terhadap empat kesalahan meminta bahan pornografi daripada seorang murid perempuan berusia 12 tahun.

Mahkamah Tinggi Taiping menjatuhkan hukuman itu terhadap Hendra Mulana, 33 tahun, selepas mengurangkannya dari 13 tahun bagi setiap pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Taiping.

Keterangan kes menyatakan Hendra memulakan langkah mendekati mangsa yang ketika itu masih menuntut dalam tahun enam sewaktu melayari platform penstriman langsung Bigo dan hubungan secara maya itu berlanjutan hingga ke aplikasi WhatsApp.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya