Salah seorang pemimpin UMNO menggesa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujudnya “Langkah Dubai” untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop pada minggu lalu, mendakwa wujud “Langkah Dubai” ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan dakwaan Ismail “cetek” dan menyebabkan kerajaan menjadi defensif susulan beberapa nama dalam kerajaan disebut-sebut terbabit dalam gerakan itu.