Mangsa kedua yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands dijumpai pada pukul 12.05 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands berkata, Deputi Superintenden Asri Ramli berkata, mangsa lelaki yang disahkan meninggal dunia, belum dikenal pasti identitinya dan dalam proses untuk dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Lima warganegara Myanmar yang merupakan pekerja kebun sayur, termasuk seorang wanita dipercayai tertimbus dalam kejadian tersebut.
Terdahulu, mangsa pertama seorang lelaki ditemukan pukul 6.27 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia.