Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Komunikasi untuk meneliti permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya filem dokumentari Man On The Run dikeluarkan daripada Netflix.
terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu pihaknya belum menerima apa-apa permohonan daripada pihak Najib mengenai perkara itu.
Untuk rekod, Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.