Bekas vokalis Exists, Mamat mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah jenis syabu, lima tahun lalu.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 46 tahun didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine pada 9 September 2019 dan 8 September tahun lalu.
Hakim kemudiannya membenarkan permohonan agar Mamat dirujuk ke Hospital Permai bagi mendapatkan rawatan psikiatri dan menetapkan 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.