Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya dipercayai bagi dirakam keterangan berhubung kenyataan menyentuh isu masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini.
Kenderaan membawa Dr Mahathir dilihat memasuki YKP pada pukul 2.37 petang tadi menaiki kereta Lexus berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran KBX 1.
Difahamkan polis merakam keterangan Mahathir pada pukul 3 petang tadi selepas beliau mengeluarkan kenyataan itu menerusi satu sesi bual bicara baru-baru ini sebelum ia mengundang kecaman ramai.