Seorang duda popular, “Daddy Ash” yang tular dalam aplikasi X didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, minggu lalu.
Bagaimanapun ketiga-tiga mereka, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 tahun Norshazrina Md Zamri, 27 tahun, dan Norhidayah Mahadi, 24 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Hakim Siti Aminah kemudiannya membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.