Gara-gara tak tahan dimaki, pekerja bunuh majikan | 15 Minit Terkini 10 Januari 2024 - Utusan Malaysia

Gara-gara tak tahan dimaki, pekerja bunuh majikan | 15 Minit Terkini 10 Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini atas pertuduhan membunuh majikannya pada bulan lalu selepas tidak tahan dimaki.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian terhadap Nordin Ong Abdullah, 72 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 16 Februari untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat serta tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Terdahulu, Kosmo! pada 1 Januari lalu melaporkan seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai membunuh majikannya yang juga warga emas menggunakan tukul besi gara-gara berang dimaki mangsa di kebun kelapa sawit sebelum melarikan diri ke Klang, Selangor.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya