Empat lelaki termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah persatuan bola sepak ditahan kerana disyaki meminta serta menerima rasuah lebih RM6 juta, empat tahun lalu.
Turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dua wakil perunding persatuan berkenaan serta seorang lagi individu yang bekerja sendiri.
Sumber memaklumkan, keempat-empat mereka yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan antara pukul 5 hingga 6.30 petang semalam dan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan bagi membantu siasatan lanjut.