Insiden pergaduhan yang tular membabitkan peniaga gerai di kawasan kompleks Sukan Pandamaran Ahad lalu melibatkan dua buah keluarga.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 petang itu berpunca gara-gara laluan dihalang sehingga mencetuskan pertengkaran.
Beliau menegaskan, pihaknya telah mengambil keterangan daripada enam individu berusia 16 hingga 51 tahun yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dan mendapati tiada sesiapa yang mengalami kecederaan dan kesemua yang terlibat telah berdamai secara baik dan tidak mahu meneruskan siasatan polis.