Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan hartanya.
Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset, seperti dikehendaki oleh agensi tersebut.
Menurut kertas pendakwaan, penyataan bersumpah Daim, bertarikh 8 November 2023, tanpa mematuhi terma notis yang dinyatakan di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009, dan menyebabkan beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, atau denda tidak melebihi RM100,000.