Seorang lelaki dikenali sebagai ‘abang blazer merah’ yang tular di media sosial kerana mencederakan seorang penghantar barang November tahun lalu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhammad Nazrul Hairie Harmi, 28 tahun, selaku orang kena saman (OKS) selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Nazrul didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Samier Ibruhem, 24 tahun, menggunakan kaki dan tangan di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange pukul 3.59 petang pada 2 November tahun lalu.