Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Nor
Anwar enggan mengulas isu berhubung status Perikatan Nasional (PN) mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Beliau tidak mahu melayan dakwaan bahawa Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu, sebaliknya memberi fokus utama membangunkan negara.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa PN sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan namun beliau tidak memaklumkan secara terperinci termasuk jumlah SD yang diperoleh dan hanya menunggu hari untuk ambil alih kerajaan.