Seramai 14,457 penjawat awam di Terengganu akan menerima bonus sebanyak RM2,000 pada tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jumlah tersebut sama seperti bonus yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat untuk kakitangan awam di seluruh negara.
Menurutnya, pembayaran tersebut juga akan dibuat sama seperti yang diumumkan Kerajaan Pusat iaitu pada Mac depan.