Polis akan mengadakan pertemuan bersama komuniti penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai malam ini.
Difahamkan, perjumpaan itu akan diadakan kira-kira pukul 9 malam di Dewan Orang Ramai Blok L, Apartment itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, perjumpaan berkenaan merupakan aktiviti biasa yang dilakukan pihaknya sebelum ini.