Wartawan hiburan tanah air, Siti Nor Hafiza meninggal dunia di London - Utusan Malaysia

Wartawan hiburan tanah air, Siti Nor Hafiza meninggal dunia di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dunia kewartawanan hiburan tanah air berduka apabila wartawan, Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40 tahun, meninggal dunia kira kira-kira pada pukul 6.30 petang waktu tempatan atau sekitar pukul 11.30 malam waktu Malaysia semalam.

Menurut adiknya, Siti Nor Hazlinda, 39 tahun, Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak disebabkan sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan arwah rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, kelmarin dan menerima rawatan di Hospital Charing Cross di London, England.

Ujarnya lagi, suami kepada arwah, Mohd. Roshdi Ramli kini dalam proses perbincangan dengan pihak kedutaan Malaysia di London, untuk urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.

Arwah sebelum ini merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media dan pernah bertugas sebagai wartawan hiburan di Portal Astro Gempak serta Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya