Berbaki kurang lima hari lagi menjelang Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi perhatian.
@15minitmmtv TMJ persoalkan keadaan padang final Piala Malaysia-TIKTOK
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini telah berkongsi keadaan semasa padang tersebut di laman Instagram miliknya, sekali gus menimbulkan pertanyaan ramai akan kemampuan stadium tersebut.
Dalam perkongsian tersebut, kapsyen turut ditujukan kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac.
Menerusi gambar itu, menyaksikan keadaan padang yang bakal menjadi venue perlawanan akhir itu, dilihat masih dalam proses baik pulih selepas mengalami kerosakan susulan konsert Coldplay, minggu lalu.