Tiga kanak-kanak lemas mandi kolam terbiar - Utusan Malaysia

Tiga kanak-kanak lemas mandi kolam terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kegembiraan tiga kanak-kanak mandi di kolam terbiar berakhir dengan tragedi apabila ketiga-tiga mereka ditemukan lemas di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, ketiga-tiga kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, tiga kanak-kanak dikenali sebagai Mohd. Syahzwan, 7; Wan Hermi, 11 dan Nurul Isah, 11, telah dibawa keluar dari kolam terbiar itu oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya