Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori ‘loader’ di Kilometer 17 Jalan Lipis Benta, Lipis awal pagi tadi.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu MPV jenis Perodua Alza, Nor Faizah Ridzuan, 34, dan anaknya iaitu Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman,10, dan Muhammad Hafiy Azman Abdullah,3, yang merupakan anak angkat mangsa.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.