KUALA LUMPUR, 19 Dis. – Penganalisis ekonomi dan pasaran Datuk Dr Nazri Khan atau lebih dikenali dengan panggilan DDNK, yakin pendekatan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam dunia pelaburan mampu memberi lebih peluang buat pelabur untuk membuat keuntungan.
Melihat AI sebagai satu kaedah semasa yang tepat dalam pasaran, jelas DDNK lagi sistem ini juga mampu membantu para pelabur membuat keputusan yang lebih positif dalam pelaburan.
“Dengan bantuan sistem AI pelabur lebih mudah mengenal pasti saham-saham yang diniaga rendah dan meramalkan saham mana yang berpotensi melonjak naik di masa hadapan.
“Pendekatan AI juga menjadi modul dalam program pendidikan dan latihan saya, sekali gus melihat ini sebagai sebagai salah satu kaedah baru dalam industri pelaburan negara yang bakal diperkenalkan, “katanya.
Berkongsi pendapatnya mengenai gelembung AI, DDNK memberitahu dia menjangkakan situasi itu akan bertahan dalam tempoh lima ke enam tahun lagi.
“Saya menjangkakan tahun 2024 adalah tahun permulaan ‘Super Bull’ kepada pasaran-pasaran serantau dan juga Global.
“ Permulaan ini akan membawa kepada era
‘DotAI’ yang bakal menjadi sektor tumpuan seperti mana yang telah berlaku pada tahun 1995 dimana tercetusya era revolusi internet dan Dotcom Bubble,”katanya.
Memiliki kepakaran dalam bidang pelaburan, DDNK yang juga Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Bebas, Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd, DDNK turut menawarkan produk pelaburan baharu di bawah seliaannya Private Mandate’ yang dilihat mampu disertai golongan besar masyarakat di negara ini.
“Ia merupakan satu produk unik kerana ia memerlukan pelaburan serendah RM50,000 sahaja berbanding RM1 juta sebelum ini, dan saya melihat segmen ini sesuai untuk golongan B40 dan M40. Jadi ini adalah peluang untuk mereka melabur dalam saham-saham teknologi patuh syariah termasuk di Amerika Syarikat.
“Menurut analisa yang dilakukan oleh Lipper Analvtics dan Novagni Sdn Bhd juga setakat 30 November turut menunjukkan salah satu produk DantBorong (Wholesale Fund) iaitu InterPac Dana Ghani mencatat pulangan sebanyak 111.68% TD ,Interpac Dana Abadi 55.46% ,manakala prestasi ‘Private Mandate’ pula mencatat pulangan sebanyak 41.96% untuk ( Aggressive ), 48.08% Conservative ), 71.75% ( Super Aggressive) dan 49.96% ( Ultra Conservative YTD )” ujarnya.
Sementara itu dalam sidang akhbar sama, DDNK turut melancarkan DDNK turut melancarkan buku terbaru miliknya berjudul Autopilot Millionaire.
Akan menemui pembaca tahun hadapan buku ini disiapkan khas untuk para pelabur serta peserta kursus latihan dalam program yang bakal dianjurkan ole DDNK sepanjang tahun 2024 dengan pendekatar pelaburan terbaru dari DDNK.
Kenyataan Penafian : Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Salinan Prospektus, Prospektus Tambahan, Lembaran Sorotan Produk (Product Highlights Sheet – PHS), Memorandum Maklumat (Information Memorandum), dan Perjanjian Mandat Persendirian (Private Mandate Agreement) yang berkaitan sebelum melabur. Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Prestasi dana yang lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin.
Para pelabur perlu membuat penilaian sendiri tentang kelebihan dan risiko pelaburan. Jika ragu, pelabur perlu mencari nasihat profesional.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi kami melalui, https://www.interpac-asset.com.my, Instagram : https: //www.instagram.com/interpacificam, Facebook https://www.facebook.com/interpacificam, LinkedIn : https://www.linkedin.com/in/inter-pacific-asset ,management-sdn-bhd-51653423a/, +603-21171889 atau Email: [email protected]