Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan kabinet baharu setelah setahun beliau menerajui kerajaan MADANI.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tokoh korporat, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik Menteri Luar Negeri yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Dalam sidang akhbar hari ini juga dapat dilihat Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia yang mana beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan II, sementara V.Sivakumar digugurkan daripada rombakan kabinet yang baharu ini.
Dalam perkembangan sama, Datuk Armizan Mohd. Ali dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sekaligus mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.