Peguam terkenal Sulaiman Abdullah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Peguam terkenal Sulaiman Abdullah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peguam terkemuka, Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia pada usia 77 tahun, petang semalam.

Berita itu dimaklumkan oleh anaknya, Huzir Sulaiman menerusi satu kenyataan ringkas.

Menurut Huzir, jenazah bapanya akan dimandi dan dikafankan di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer sebelum solat Zuhur hari ini.

Sepanjang kerjayanya, Sulaiman pernah terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk menjadi pasukan pembelaan membabitkan kes Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam pendakwaan untuk kes rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya