MIC bakal mengikut jejak langkah UMNO apabila tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, tahun depan.
Ketua Pemuda MIC, K. Raven Kumar berkata, perkara itu telah diputuskan di peringkat perwakilan parti dan bukan keputusan kepimpinan semata-mata.
Menurutnya, keputusan itu bukan dibuat bagi mengelakkan perpecahan berlaku dalam kalangan ahli parti.
Sementara itu, Raven Kumar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri yakin parti itu masih berada dalam keadaan terbaik walaupun tidak memenangi banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.