Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 49 tahun, yang mendakwa orang Melayu malas dalam satu klip video yang tular baru-baru ini, akan didakwa di mahkamah, esok.
Turut dikatakan bakal dituduh ialah anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22 tahun, yang juga merupakan Pengarah Mariyah Holdings Sdn. Bhd.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, wanita itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November 2023 lalu dan siasatan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Melaka.