Ribuan pengunjung membanjiri kaunter pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani walaupun tidak sampai dua jam ia dibuka.
Menurut jurucakap PDRM, sehingga pukul 10.30 pagi tadi, kira-kira 3,200 pengunjung telah hadir ke khemah berkenaan untuk menyelesaikan saman.
Bagaimanapun katanya, beberapa jenis saman tidak akan diberikan diskaun saman termasuklah saman tahun semasa, kemalangan dan saman bicara.
Jelasnya lagi, sebanyak 14 kaunter pembayaran saman dibuka sepanjang tiga hari program itu berlangsung.