Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas 1.3 juta batang rokok putih dan kretek serta 1,859 liter minuman keras seludup dengan nilai cukai keseluruhan berjumlah RM950,000 dalam tiga serbuan berasingan di Perak dan Johor, minggu lalu.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, operasi pertama dijalankan pada 4 Disember lalu, pada pukul 9.20 malam di sebuah kediaman tidak berpenghuni di Chemor menemukan 646,800 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama.
Rampasan kedua pula dijalankan di Gopeng pada pukul 5 petang, 6 Disember lalu oleh anggota penguatkuasa Cawangan JKDM Stesen Pengkalan Hulu yang melibatkan rampasan minuman keras dengan nilai cukai sebanyak RM57,276.08.