Sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki lima sekeluarga terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa bayi perempuan berusia 18 bulan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Plaza Tol Kerteh Kemaman malam tadi.
Mangsa, Nur Afiah Sumayyah Mohammad Sulaiman yang dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.40 malam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Kancil dipandu oleh bapa bayi dipercayai membelok kereta ke laluan kanan untuk mengelak lubang namun kereta alza yang sedia ada di laluan kanan gagal mengelak dan merepuh bahagian belakang kereta perodua kancil itu.