Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh sewenang-wenangnya menyahbekukan akaun 41 aset Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sehingga siasatan selesai.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih menyiasat sumber sebenar transaksi dan tuntutan yang diperoleh Aman Palestin.
Beliau menegaskan, siasatan ini bagi memastikan dana diperoleh hasil derma awam yang bernilai jutaan ringgit ini digunakan dengan telus.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.