Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini dipercayai berhubung siasatan membabitkan kes gangguan seksual terhadap pegawainya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Perkara itu disahkan peguam Mohammad Agus, Zaflee Pakwanteh ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan polis melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Abdul Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.