Seorang warga Australia yang membuang air kecil pada tembok dekat tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Subang Jaya pada 16 November lalu didenda RM100 di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini akibat berkelakuan tidak senonoh.
Tertuduh Chih Peter mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Berdasarkan pertuduhan, Chih, 32 tahun, didakwa berkelakuan kurang sopan dekat tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.