Seorang usahawan tudung bersama suaminya direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membunuh seorang wanita warga emas di Hulu Terengganu, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret Marang, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, seorang wanita disyaki melanggar dan menikam mangsa sebanyak 15 kali sehingga mati yang juga merupakan rakan kongsinya.