Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tujuh hantaran e-mel kononnya tujuh buah sekolah di sekitar Selangor terdapat ancaman bom.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima kandungan e-mel itu hari ini memaklumkan terdapat bom di tujuh buah sekolah di negeri ini.
Kata beliau, antara lokasi ancaman berkenaan iaitu sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi dinyatakan.