Trafik KLK dan LPT1 dijangka naik 73 peratus - Utusan Malaysia

Trafik KLK dan LPT1 dijangka naik 73 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebanyak 692,000 kenderaan bakal menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) sempena Deepavali, sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 73 peratus daripada jumlah purata trafik harian biasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Imran Gulcharan Abdullah, pengendali KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bermula dari 10 sehingga 13 November bagi membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan semasa cuti perayaan Deepavali.

Dalam pada itu, ANIH Berhad juga menasihatkan pengguna lebuh raya agar menyentuh kad Touch ‘n Go pada alat pengesan di lorong tol plaza dan memastikan baki semua mod pilihan pembayaran mencukupi supaya tidak menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya