Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan barang kemas bernilai RM1.4 juta di tempat letak kereta berhampiran kedai emas di pekan Kuala Kangsar, semalam.
Lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 50 tahun itu ditangkap di Shah Alam, Selangor pada pukul 2.10 petang, kira-kira tiga jam selepas kejadian rompakan itu dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika tangkapan dibuat, pihaknya tidak menemukan sejumlah barang kemas yang dilarikan suspek.
Menurut beliau, permohonan reman terhadap kesemua suspek dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.