Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan itu.
Dalam keputusan yang dibuat hari ini mahkamah bergantung kepada keterangan empat saksi pembelaan termasuk Syed Saddiq, 30 tahun serta penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.