Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa sokongannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebabkan ugutan dan habuan.
Sebaliknya, beliau berkata, tindakannya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri adalah demi memastikan kelangsungan rakyat di Parlimen Labuan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa konon terdapat dua individu yang membuat gerakan terancang untuk menarik beberapa Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong kepemimpinan Anwar.