Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pendirian Malaysia dalam konflik Palestin-Israel diputarbelitkan sehingga dituduh bersetuju dengan tindakan pengganas.
Mempertahankan pendirian negara, Perdana Menteri berkata, Malaysia mengutuk semua bentuk keganasan yang berlaku.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Hamas yang diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarika (AS), Israel dan kebanyakan negara Eropah.