Penyanyi Siti Nordiana Alias akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok dalam kes saman terhadap lima individu termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram, dua tahun lalu.
Keterangan penyanyi itu yang sepatutnya dikemukakan di hadapan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan hari ini bagaimanapun ditangguhkan selepas pihak-pihak dimaklumkan beliau `hilang suara’ untuk bertutur.’
Terdahulu, peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana memberitahu, anak guamnya mengalami kesukaran untuk bercakap dan mendapat cuti sakit daripada hospital kerajaan hari ini dan bersedia untuk memberi keterangan esok.