Tambahan nilai e-dompet RM100 di bawah program eMadani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dengan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh ditebus 4 Disember ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program ini akan memberi manfaat kepada 10 juta individu, dan melibatkan kos sebanyak RM1 bilion.
Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu namun, beliau tidak menyatakan plaform tersebut.
Anwar membuat pengumuman itu semasa membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.