Razali tiba di mahkamah bagi pendakwaan - Utusan Malaysia

Razali tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Terengganu Datuk Razali Idris, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi bagi menghadapi pertuduhan menghina keputusan institusi kehakiman serta memfitnah badan kerajaan.

Razali tiba di mahkamah pukul 9 pagi dijangka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang mana pertuduhan akan dibacakan di hadapan Hakim, N.Priscilla Hemamalini.

Pada Isnin lalu, media melaporkan Razali memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan yang dipercayai palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam ceramah pilihan raya.

Pada 15 November lalu, SPRM membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu didakwa dikeluarkan Razali.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya