Pesakit mental maut jatuh tingkat 6 hospital - Utusan Malaysia

Pesakit mental maut jatuh tingkat 6 hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang lelaki ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Ismail (HSI), petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi hari ini, berkata sil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang pemegang kad orang kelain upaya (OKU) mental.

Katanya, mangsa dimasukkan ke wad pada pukul 12.30 pagi, 5 November kerana perlu menjalani pembedahan kaki kanan yang dijadualkan pada 8 November ini, namun pembedahan dibatalkan kerana mangsa mengalami selsema dan telah dibenarkan keluar hospital.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya