Seorang penghantar makanan yang menunjukkan kemaluannya terhadap seorang kanak-kanak perempuan di dalam lif di Putrajaya telah ditahan.
Penahanan ini telah menyelesaikan tiga lagi kejadian sama di kawasan perumahan di Presint 5, Putrajaya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 6 petang, Isnin lalu.