Pengasuh mengaku tak bersalah aniaya bayi - Utusan Malaysia

Pengasuh mengaku tak bersalah aniaya bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas dakwaan menganiaya seorang bayi perempuan berusia empat bulan sehingga cedera di Dengkil, Rabu lalu.

Tertuduh, Nur Anis Idayu Mohd Khir @ Mohd Khari, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek didakwa menganiaya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang bayi perempuan di bawah pemeliharaannya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat iaitu dilarang mendekati dan mengganggu saksi serta mangsa.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya