Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi dalam satu kenyataan memaklumkan, Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kelmarin selepas beliau mengadu demam.
Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Pekan itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.