Proses mengambil keterangan “Mr H” berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff semalam, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang semalam.
Terdahulu, media melaporkan keterangan individu dikenali Mr. H akan diambil polis semalam bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah membabitkan dua individu termasuk Mohammad Agus.